Catatan

Pembaziran - PRN Sabah ke-16

Imej
        PRN Sabah ke-16 merupakan satu pembaziran.  Antara sebab mengapa PRN Sabah TIDAK perlu diadakan adalah seperti beriku: 1. Kos PRN SPR mencecah RM186 juta. 2. Sabah masih bergelut dengan masalah ekonomi & pekerjaan. 3.  Jangkitan Covid 19 masih belum terkawal malah meningkat dalam masa hari berkempen.     Belum lagi dikira dengan jumlah kos yang dibelanjakan oleh16 buah parti yang terdiri daripada 447 calon termasuk calon Bebas yang dianggarkan melebihi 150 juta. Walau bagaimanapun, dengan jumlah besar wang yang dibelanjakan tersebut diharapkan dapat membantu ekonomi di Sabah. Pada masa yang sama diharapkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dapat memberikan perhatian lebih terhadap penularan covid di Sabah yang berpunca dari PRN tersebut. Ps. Jika Kerajaan Warisan berpihak kepada PN dan bukan Tun M, saya percaya pada hari ini Warisan masih pegang Kerajaan Sabah dan boleh menuntut Hak Sabah seperti Sarawak.

Siapa mereka? - Jawatankuasa Pembangunan Industri Sabah: Finas

Imej
Sejak pengumuman perlantikan AJK Pembangunan Industri Sabah (Finas) pada 8 Julai lepas, kedengaran suara sumbang yang mempersoalkan kelayakan 4 anggota yang dilantik yang di "cakap-cakap" sana sini termasuk dalam ruangan media sosial. Sebelum saya meneruskan perkongsian disini, ingin saya dedahkan sedikit berkenaan sejak bila saya mengetahui tentang kewujudkan Finas di Sabah.  Kalau tak silap bermula dengan perlantikan Datuk Deddy M. Borhan, sebagai Penasihat Industri Kreatif Sabah dan Sarawak pada Oktober 2015. Susulan daripada itu, beberapa sesi pertemuan dengan penggiat seni telah diadakan pada November 2015 dan Februari 2016 untuk mendengar dan mencari pendekatan yang terbaik untuk membantu penggiat seni Sabah. Ramai penggiat seni yang terlibat dalam aktivit dibawah beliau masih lagi berkecimpung sehingga ke hari ini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Kursus Penerbitan Video dan Dokumentari serta Majlis Penyerahan cek kepada 24 penerima dana mikro. Selepas PR