Siapa mereka? - Jawatankuasa Pembangunan Industri Sabah: Finas
Sejak pengumuman perlantikan AJK Pembangunan Industri Sabah (Finas) pada 8 Julai lepas, kedengaran suara sumbang yang mempersoalkan kelayakan 4 anggota yang dilantik yang di "cakap-cakap" sana sini termasuk dalam ruangan media sosial. Sebelum saya meneruskan perkongsian disini, ingin saya dedahkan sedikit berkenaan sejak bila saya mengetahui tentang kewujudkan Finas di Sabah. Kalau tak silap bermula dengan perlantikan Datuk Deddy M. Borhan, sebagai Penasihat Industri Kreatif Sabah dan Sarawak pada Oktober 2015. Susulan daripada itu, beberapa sesi pertemuan dengan penggiat seni telah diadakan pada November 2015 dan Februari 2016 untuk mendengar dan mencari pendekatan yang terbaik untuk membantu penggiat seni Sabah. Ramai penggiat seni yang terlibat dalam aktivit dibawah beliau masih lagi berkecimpung sehingga ke hari ini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Kursus Penerbitan Video dan Dokumentari serta Majlis Penyerahan cek kepada 24 penerima dana mikro. Selepas PR...