Siapa mereka? - Jawatankuasa Pembangunan Industri Sabah: Finas
Sejak pengumuman perlantikan AJK Pembangunan Industri Sabah (Finas) pada 8 Julai lepas, kedengaran suara sumbang yang mempersoalkan kelayakan 4 anggota yang dilantik yang di "cakap-cakap" sana sini termasuk dalam ruangan media sosial.
Sebelum saya meneruskan perkongsian disini, ingin saya dedahkan sedikit berkenaan sejak bila saya mengetahui tentang kewujudkan Finas di Sabah.
Kalau tak silap bermula dengan perlantikan Datuk Deddy M. Borhan, sebagai Penasihat Industri Kreatif Sabah dan Sarawak pada Oktober 2015. Susulan daripada itu, beberapa sesi pertemuan dengan penggiat seni telah diadakan pada November 2015 dan Februari 2016 untuk mendengar dan mencari pendekatan yang terbaik untuk membantu penggiat seni Sabah.
Ramai penggiat seni yang terlibat dalam aktivit dibawah beliau masih lagi berkecimpung sehingga ke hari ini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Kursus Penerbitan Video dan Dokumentari serta Majlis Penyerahan cek kepada 24 penerima dana mikro.
Selepas PRU 14, KKMM pada 22 November 2018, telah melantik Nadira Ilana dari Sabah sebagai salah seorang panel penasihat Finas. Namun demikian, dalam bulan Februari 2020 kepimpinan Finas sekali lagi dirombak setelah berlakunya penukaran Kerajaan Persekutuan. Nadira pada ketika itu dalam tahun 2019 telah mengesyorkan beberapa cadangan secara menyeluruh untuk meningkat industri kreatif di Sabah (Kita akan bincang pada penulisan akan datang).
Berbalik kepada perlantikan AJK Pembangunan Industri Sabah. Mungkin ramai yang masih belum mengenali jadi berikut info ringkas berkenaan siapa mereka;
Ahli Lembaga Pengarah Finas - Dr. Rose P. Tibok
1. Dr. Paul - Senior Lecturer (UMS)
(pautan : https://www.bestsociety.org/about-us/panel-of-advisors/paul-porodong/ )
2. Pn. Jo Luping - Producer/Director Siung Film Productions Sdn Bhd
(Kelulusan Sarjana Muda (Bachelors of Design, Fine Arts and Business) dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri kreatif termasuk pemasaran antarabangsa).
3. En. Chua Soon Min @ Katak - Managing Director/Film Director Froggy Planet Sdn Bhd
(Kelulusan B.A Degree in Graphic Design. Lebih 7 tahun pengalaman kerja dalam industri perfileman di Semenanjung termasuk Astro, kemudian meneruskan kerjaya di Sabah sejak 2010 sehingga sekarang. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu).
4. En. Sinn Chun Hoo @ Geoffrey - Creative Director/Co-Founder All For One Production
(Berkecimpung sejak 2008 terutamanya dalam bidang Animasi sehingga sekarang. Antara karya terkini beliau ialah "Lagend of Ancient Borneo" dimana telah berjaya meragut beberapa pengiktirafan antarabangsa seperti "LTUE Film Festival, Kansas Underground Film Festival dan 21 Island International Short Film Fest".
Dari segi pengalaman dan kelulusan akademi, sudah pasti kelayakan mereka sedikit sebanyak akan dapat membantu industri kreatif terutamanya dalam kandungan digital di Sabah berkembang.
Saya percaya dengan kerjasama semua penggiat dan pengusaha industri kreatif di Sabah, kita dapat melangkah lebih jauh. Silap-silap kita yang dapat Oscar, kan kan kan!!
#Beripeluang
#Kasihchan
“Kita juga meletakkan beberapa kriteria supaya dapat memberi peluang kepada penggiat seni yang berpusat dan ada syarikat di sini (Sabah) sebagai usaha membantu serta menggalakkan pembangunan industri kreatif di negeri ini,” - Ahmad Idham, Pegawai Eksekutif Finas
https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2019/04/556332/finas-bantu-pembangunan-industri-seni-kreatif-di-sabah
"Kami juga berterima kasih atas peluang dan kepercayaan diberikan kepada salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Finas mewakili negeri ini dan berharap dapat menyumbang yang terbaik untuk penggiat filem tempatan". - Norsahar Ahmad, Sabah Filmmaker
https://www.hmetro.com.my/rap/2020/06/585075/harap-finas-tak-lupakan-sabah



Ulasan